Rakyat Malaysia Merupakan Rakyat Yang Ramai Gemuk?
Gemuk atau obesiti merupakan satu ancaman besar bagi rakyat malaysia kerana kajian
telah dibuat dan ternyata 8.5 juta merupakan rakyat yang gemuk. Mereka yang
mempunyai lebihan lemak menyebabkan mereka lebih terdedah kepada penyakit
berbanding dengan orang yang berbadan kurus. Oleh itu, isu mengenai rakyat
Malaysia merupakan rakyat yang ramai gemuk sering dipaparkan di dada-dada
akhbar. Adakah kita sebagai rakyat Malaysia harus menyalahkan negara kita
kerana negara Malaysia mempunyai pelbagai jenis makan yang berminyak, berlemak
dan sebagainya?
Terdapat banyak penyebab atau punca rakyat kita semakin ramai menjadi golongan
yang gemuk. Antaranya kurang senaman, makan tanpa mengikut keperluan, kuat makan
dan sebagainya. Perkara ini jika dilihat mungkin remeh bagi anda tetapi ia
membawa kesan yang buruk jika kita tidak
mengambil langkah-langkah yang betul. Kebanyakkan mereka yang mengalami obesiti
atau gemuk ini sebenarnya mereka tidak sedar atau berpura-pura tidak tahu bahawa
badan mereka mula sudah mengalami perubahan
saiz badan. Apabila mereka sudah ke tahap obesiti mereka mula sedar akan
perubahan badanya tetapi jika kita lihat bahawa golongan yang sudah mencapai
golongan obesiti ini mereka merupakan golongan yang malas untuk melakukan
senaman, kurangkan pemakanan dan sebagainya.
Senario yang berlaku di Malaysia ini telah diambil peluang oleh golongan
ahli perniagaan untuk mengaut untung atau mengambil peluang dengan situasi
rakyat Malaysia sekarang. Jika kita sedar atau tidak sedar, banyak iklan telah
dibuat di dada-dada akhbar dan di facebook yang menawarkan jualan pil kurus. Malangnya
kebanyakkan pil-pil yang dijual merupakan pil kurus yang tidak mendapat
pengesahan oleh jabatan kesihatan. Terdapat juga pil-pil yang dijual mengadungi
unsur-unsur babi dan menyebabkan pengguna mengalami kesan yang buruk setelah
menggunakan produk tersebut. Bagi mereka, asalkan dapat kurus mereka mula tidak
mengambil peduli akan kesan atau kandungan produk tersebut.
Menteri Kesihatan iaitu Datuk Seri Dr. S. Subramaniam mengajak atau menyeru
rakyat Malaysia agar mengamalkan gaya hidup yang sihat. Hal ini kerana beliau
bimbang dengan peratus rakyat Malaysia yang semakin ramai mengalami obesiti. Jika
rakyat tidak mengambil langkah mengamalkan gaya hidup yang sihat semakin ramai
rakyat yang akan mengalami obesiti dan menyebabkan pelbagai penyakit yang akan
berlaku. Oleh itu, kita sebagai masyarakat yang ingin hidup sihat marilah kita
mengamalkan gaya hidup yang sihat. Jangan jadikan kemajuan teknologi
menyebabkan kita malas untuk melakukan aktiviti sukan tradisional.