Isu Kenaikan Harga Minyak

Shah   : Kau tengok tu! punyalah ramai manusia pergi isi minyak bila dapat tahu harga minyak naik esok.
Abu    : Diorang semua tak pikir. Dia ingat isi minyak malam ni dengan banyak-banyak boleh sampai setahun ke?
kamal  : Aku dah cakap dulu suruh kau undi Pas kau tak nak dengar cakap aku, tengok sekarang harga minyak dah naik kan.
Abu     : Kalau aku undi Pas pun kalau harga minyak nak naik, akan naik juga. Ni semua bukan salah kerajaan juga.
Shah    : Aaaahhh..sudah la kau Abu. ni semua salah kau la undi sangat Umno. Nanti entah apa lagi barang yang naik harga.
Kamal  : Sudah-sudah.Jangan gaduh lagi.Siapa pun yang memerintah kerajaan kita kena akur walaupun kita tidak suka.

Akhirnya spekulasi mengenai harga minyak sudah menjadi kenyataan setelah beberapa minggu yang lalu menjadi perbualan masyarakat mengenai harga minyak yang akan naik apabila tamatnya pilihan raya umum. kecoh, maki hamun, keluhan dapat kita lihat dia laman-laman sosial seperti twitter, facebook dan sebagainya mengenai keluhan dan ketidakpuasan masyarakat terhadap kerajaan yang mengumumkan kenaikan harga minyak pada 3 September yang lalu.

Siapakah yang harus kita persalahkan mengenai kenaikan harga minyak ini?adakah kita harus menyalahkan kerajaan atau masyarakat yang salah memilih pemimpin yang berwibawa?Banyak kata tanya yang belum kita dapat jawabanya. Kenaikan harga minyak sebanyak 20 sen ini sememangnya akan membebankan rakyat Malaysia terutama bagi golongan miskin dan serdahana.Oleh itu, itu kerajaan akan membantu rakyatnya dengan bantuan BR1M bagi menampung beban rakyat.Sememangya walaupun kerajaan berbuat demikian ia tidak akan membawa apa-apa makna kepada rakyat kerana rakyat Malaysia sekarang sudah pandai berfikir yang mana yang betul dan salah.

Mereka juga akan mengetahui bahawa setelah harga minyak naik semua barang yang berkaitan juga akan tutut naik harganya. Oleh itu, ada di kalangan masyarakat yang mengamuk dengan merosakkan fasiliti stesen minyak SHELL di Durian Tunggul berdekatan dengan Universiti Teknikal Malaysia (UTem) yang dapat dirakam oleh orang umum. Jika perkara ini berterusan adakah Malaysia yang dulunya aman akan menjadi sebuah negara yang tidak aman lagi desebabkan kenaikan harga minyak. Saya percaya bahawa rakyat malaysia dapat berfikir dengan waras dan mengambil langkah-langkah yang betul bagi menangani isu kenaikan minyak ini.




Sebelum saya menamatkan tentang isu kenaikan harga minyak ini saya selitkan kepada anda beberapa rintihan atau luahan daripada masyarakat tentang isu kenaikan harga minyak ini.

          Kalau takut dilambung ombak..jangan buat rumah di tepi pantai beb! said...
Two words! PADAN MUKA! Khususnya pencacai umno, pyokong umno yg mgundi BN smasa pru lalu..ambik kau! Orang Sabah kata NAH, KOTO! Rilek lah haha sy yg sokong, undi PKR pun rilek saja dgn kenaikan harga minyak ni (I always knew it might happen if BN won) takan la yg sokong BN macam nak mati n huru hara? Hahaha next pru undi BN lagi ya muahahahahahahahahahahahahaha


terima je harga minyak naik... diorang dah menang pilihanraya. nasib baik menang tipis. kalau menang majoriti 2/3 mau naik RM 2. sebelum PRU13 hari tu, dah ramai yang pihak mengingatkan rakyat tentang kenaikkan harga minyak ni. dah jadi trend dan budaya BN menaikkan harga minyak selepas pilihanraya. mana taknya... janji macam2 sebelum pilihanraya harus ditepati. Selangor Bank dan Penang Bank dah jatuh ketangan pembangkang. sekarang hanya mengharapkan duit petronas je. sebelum PRU 13 hari tu dah dengar cerita pasal RM 10 billion duit petronas dah digunakan untuk berkempen (harap-harap tak betul...). kalau betul, nampaknya BN kena ganti. janganlah BN yang pakai tapi rakyat yang kena bayar hutangnya... harap-harap negara ni dipimpin oleh pemimpin yang ikhlas kerana Allah dan berjiwa rakyat....




Category: 0 ulasan

0 ulasan: