Wawasan 2020, mampukah Malaysia mencapai negara maju dengan perubahan sistem pendidikan 2013-2025?




Guru kamulah penyinar dalam hidupku,
Setiap ilmu yang kau berikan kepadaku,
Akan aku kenang buat selama-lamanya,
Tanpa guru gelaplah hidupku,

11 anjakan ubah sistem pendidikan? Itulah yang dibentangkan dan dilancarkan oleh Perdana Menteri kita bagi menaik taraf dan memperbaiki sistem pendidikan di negara kita dalam Pelan Pembanguan Pendidikan Malaysia 2013-2025. Persoalanya mampukah sistem pendidikan yang baharu ini mengubah anak bangsa lebih berdedikasi dan berdikari dan bagaimana penerimaan ibu bapa terhadap sistem pendidikan baharu  yang diperkenalkan.

11 anjakan yang bakal dilaksanakan di dalam PPPM 2013-2025
  1. Menyediakan kesamarataan akses kepada pendidikan berkualiti bertaraf antarabangsa.
  2. Memastikan setiap murid profisien dalam bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris.
  3. Melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati nilai.
  4. Transformasi keguruan sebagai profesion pilihan.
  5. Memastikan pemimpin berprestasi tinggi ditempatkan di setiap sekolah.
  6. Mengupa JPN, PPD dan sekolah untuk menyediakan penyelesaian khusus berasaskan keperluan.
  7. Memanfaatkan ICT bagi meningkatkan kualiti pembelajaran di Malaysia.
  8. Tranformasi kebolehan dan keupayaan penyampaian pendidikan.
  9. Berkerjasama dengan ibu bapa, komuniti dan sektor swasta secara meluas.
  10.  Memaksimumkan keberhasilan murid bagi setiap ringgit
  11.  Meningkatkan ketelusan akauntabiliti awam. 

Melalui pelan yang baharu yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri ini terdapat 3 golongan yang menunjukkan reaksi terhadap Pelan Pendidikan yang baharu ini. Pertama ialah golongan yang menerima pelan ini. Mereka menerima Pelan Pendidikan yang baharu ini kerana menganggap pelan ini dapat mendidik anak mereka menjadi lebih cermelang dari sebelum ini tidak kira fizikal dan rohani. Kedua ialah golongan yang menentang atau tidak menerima pelan baharu ini. Mereka menganggap pelan ini tidak mampu dicapai dan takut kerana tidak percaya anak mereka dapat mengadaptasi pelan yang baharu ini. Terdapat juga golongon Cina dan India yang tidak menerima kerana takut akan kedudukan sekolah jenis Cina dan India akan dihapuskan. Ketiga ialah golongan yang dianggap seperti lalang. Mereka hanya mengikut sahaja apa yang dilakukan tanpa menyuarakan apa-apa pendapat. Jika Pelan Pendidikan Baharu dilaksanakn atau tidak mereka tidak ambil kisah.


Bagi menjayakan hasrat kerajaan kita sebagai ibu bapa dan guru harus berkerjasama menjayakan impian kerajaan untuk melahirkan anak bangsa Malaysia yang bertaraf dunia seimbang dengan dunia yang semakin mencabar. Janganlah kita hanya pandai mengkritik sahaja sebelum mendapat penjelasan dan kesahihan terlebih dahulu. Semoga Pelan Pendidikan yang baharu ini dapatlah melahirkan anak bangsa yang dapatberbakti kepada negara dan juga ibu bapa.





Category: 4 ulasan

4 ulasan:

dirth empire berkata...

steady la bro

Unknown berkata...

hidup pendidikan malaysia

Unknown berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Unknown berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.