Rakyat Malaysia Merupakan Rakyat Yang Ramai Gemuk?






Gemuk atau obesiti merupakan satu  ancaman besar bagi rakyat malaysia kerana kajian telah dibuat dan ternyata 8.5 juta merupakan rakyat yang gemuk. Mereka yang mempunyai lebihan lemak menyebabkan mereka lebih terdedah kepada penyakit berbanding dengan orang yang berbadan kurus. Oleh itu, isu mengenai rakyat Malaysia merupakan rakyat yang ramai gemuk sering dipaparkan di dada-dada akhbar. Adakah kita sebagai rakyat Malaysia harus menyalahkan negara kita kerana negara Malaysia mempunyai pelbagai jenis makan yang berminyak, berlemak dan sebagainya?

Terdapat banyak penyebab atau punca  rakyat kita semakin ramai menjadi golongan yang gemuk. Antaranya kurang senaman, makan tanpa mengikut keperluan, kuat makan dan sebagainya. Perkara ini jika dilihat mungkin remeh bagi anda tetapi ia membawa kesan yang buruk jika kita tidak mengambil langkah-langkah yang betul. Kebanyakkan mereka yang mengalami obesiti atau gemuk ini sebenarnya mereka tidak sedar atau berpura-pura tidak tahu bahawa badan mereka mula sudah mengalami perubahan saiz badan. Apabila mereka sudah ke tahap obesiti mereka mula sedar akan perubahan badanya tetapi jika kita lihat bahawa golongan yang sudah mencapai golongan obesiti ini mereka merupakan golongan yang malas untuk melakukan senaman, kurangkan pemakanan dan sebagainya.

Senario yang berlaku di Malaysia ini telah diambil peluang oleh golongan ahli perniagaan untuk mengaut untung atau mengambil peluang dengan situasi rakyat Malaysia sekarang. Jika kita sedar atau tidak sedar, banyak iklan telah dibuat di dada-dada akhbar dan di facebook yang menawarkan jualan pil kurus. Malangnya kebanyakkan pil-pil yang dijual merupakan pil kurus yang tidak mendapat pengesahan oleh jabatan kesihatan. Terdapat juga pil-pil yang dijual mengadungi unsur-unsur babi dan menyebabkan pengguna mengalami kesan yang buruk setelah menggunakan produk tersebut. Bagi mereka, asalkan dapat kurus mereka mula tidak mengambil peduli akan kesan atau kandungan produk tersebut.




Menteri Kesihatan iaitu Datuk Seri Dr. S. Subramaniam mengajak atau menyeru rakyat Malaysia agar mengamalkan gaya hidup yang sihat. Hal ini kerana beliau bimbang dengan peratus rakyat Malaysia yang semakin ramai mengalami obesiti. Jika rakyat tidak mengambil langkah mengamalkan gaya hidup yang sihat semakin ramai rakyat yang akan mengalami obesiti dan menyebabkan pelbagai penyakit yang akan berlaku. Oleh itu, kita sebagai masyarakat yang ingin hidup sihat marilah kita mengamalkan gaya hidup yang sihat. Jangan jadikan kemajuan teknologi menyebabkan kita malas untuk melakukan aktiviti sukan tradisional.
Category: 0 ulasan

0 ulasan: